Saturday, 14 February 2015

PERATURAN AM


PERATURAN AM

1.      Para pengguna PSS adalah tertakluk kepada segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk PSS.
2.      Jawatankuasa Kerja PSS berhak menjalankan dasar-dasar PSS yang telah dibentuk semasa Mesyuarat Jawatankuasa Induk.
3.      Sebarang bentuk perlanggaran ke atas undang-undang yang telah ditetapkan akan dikenakan tindakan.
4.      Setiap komponen PSS akan menjalankan pengurusan berlandaskan peraturan-peraturan yang telah digubal untuk mereka.


PERATURAN PENGGUNAAN PSS

PERATURAN PENGGUNAAN PSS (MURID)

Disiplin
1.      Dilarang membuat bising di dalam perpustakaan.
2.      Beratur semasa proses meminjam atau memulangkan buku.
3.      Tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
4.      Tidak dibenarkan membuka/tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
5.      Murid dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
6.      Sila masukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
7.      Tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
8.      Murid tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
9.      Murid tidak dibenarkan membawa masuk beg ke dalam perpustakaan.

Bahan-bahan Perpustakaan

1.      Murid dikehendaki menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
2.      Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
3.      Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.

Pakaian
1.      Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
2.      Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke dalam Perpustakaan.



PERATURAN PENGGUNAAN PSS (GURU)

1.      Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan Bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan atau Bilk Komputer)
2.      Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin murid di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
3.      Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
4.      Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.
5.      Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik ditinggalkan dalam keadaan kemas dan teratur selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.
6.      Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan murid-murid di bilik-bilik khas PSS tanpa pengawasan guru.

PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU

PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU
1.                  Semua warga  Sekolah Menengah Kebangsaan Tronoh dibenarkan dan digalakkan meminjam bahan bacaan daripada perpustakaan.

2.                  Masa proses peminjaman dan pemulangan bagi murid adalah pada  waktu rehat, manakala bagi guru dan staf sokongan adalah sepanjang masa waktu operasi perpustakaan.

3.                  Semua buku yang bertanda merah adalah untuk rujukan dalam perpustakaan  sahaja dan tidak dibenarkan dipinjam.

4.                  Semua proses peminjaman atau pemulangan mestilah melalui Guru Pusat Sumber atau Pengawas Pusat Sumber yang bertugas pada waktu tersebut.

5.                  Jumlah buku dibenarkan pinjam pada satu-satu masa ialah 2 buah bagi murid dan 5 buah bagi guru.

6.                  Tempoh pinjaman bagi murid ialah tidak melebihi daripada 7 hari  dari tarikh peminjaman, manakala bagi guru tidak melebihi 14 hari.

7.                   Peminjam yang gagal memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan akan dikenakan bayaran denda RM 0.10 sehari.

8.                  Peminjam dikehendaki menunjukkan buku yang dipinjam kepada petugas di kaunter sebelum meninggalkan perpustakaan.

9.                  Murid bertanggungjawab menjaga buku yang dipinjam dengan baik.

10.             Buku yang rosak tidak akan diterima sehingga dibuat pemulihan oleh peminjam  atau membayar denda untuk proses penjilidan semula.      

11.             Buku yang hilang wajib diganti dengan buku yang sama.

12.              Sekiranya tidak dapat mengganti dengan buku yang sama, peminjam wajib membayar mengikut harga buku yang hilang tersebut.


PIAGAM PSS

Piagam PSS Kami warga Pusat Sumber SMK TRONOH dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat secara berterusan akan : 1. Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar. 2. Mengurus dan menyediakan perkhidmatan terbaik ke arah kecemerlangan pelajar 3. Mewujudkan iklam pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran 4. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan .

MATLAMAT PSS

Matlamat PSS 1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah. 2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama. 3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.

HARI
MASA
Isnin - Jumaat
10:20  – 10.50 pagi

10:50    – 11:20  pagi.
Sabtu - Ahad
CUTI
JADUAL PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU





PERATURAN KAD PINJAMAN
1.                  Seorang pelajar berhak memiliki hanya satu kad pinjaman
2.                  Sekiranya kad pinjaman hilang pelajar-pelajar boleh mendapatkan kad yang baru dengan harga RM5.00 sen sekeping.
3.                  Kad pinjaman tidak boleh ditukar milik.
4.                  Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meminjamkan kadnya kepada orang lain.
5.                  Kad-kad ini perlu berada dalam keadaan yang baik dan sebarang pengubahsuaian terhadapnya tidak akan diperakukan.


FUNGSI DAN PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

FUNGSI DAN PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.      Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan penting untuk menawarkan kemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat
2.      Pusat Sumber SMK Tronoh akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan menawarkan sumber-sumber aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat