Saturday 14 February 2015

MAKLUMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH

Bermula dengan sebuah bilik kelas dengan bilangan buku yang agak kecil, terdiri daripada buku-buku fiksyen, kamus ensaiklopedia dan maja;lah. Kemudian, pada tahun 80-an, dibuka satu lagi bilik kelas untuk dijadikan pusat sumber dan ini menambahkan keluasan pusat sumber yang telah sedia ada, dalam tahun 90-an bermulalah perkembangan dari segi kecerian dan ke arah ciri-ciri pusat sumber sekolah sehingga ke hari ini. Pada tahun 2004 pusat sumber sekolah telah diubt h suai dan di naik taraf dengan membina dinding dibahagian dalamnya. Bahagian dalamnya juga dipecahkan dan dibuat pintu gerbang untuk menyambungkan ketiga-tiga bilik. Bilik kerja dan bilik guru pusat sumber juga telah dibina. Pembaharuan dan perubahan ini adalah hasil daripada kegigihan guru-guru dan pelajar sekolah ini mengumpul dana melalui program bacathonyang dianjurkan oleh PSS. Sekarang Pusat Sumber Sek. Men.Keb. Tronoh dilengkapkan dengan berbagai jenis buku, majalah dan akhbar juga bahan bantuan mengajar. Kini pusat sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Tronoh mempunyai lebih 20 000 buah buku. Pada tahun 2006 pusat sumber dinaik tarafkan lagi dengan penambahan penghawa dingin dan lantai jubin. Pada tahun 2009 pusat sumber sekolah telah dipasang tingkap cermin tingkap gelap dan pintu kayu. Pada tahun 2010 pusat sumber dalam proses menyiapkan Bilik Tayangan dengan kelengkapan peralatan audio visualnya sekali. Selain itu, ia turns dipasangkan kelengkapan komputer.

No comments:

Post a Comment