Saturday 14 February 2015

PROGRAM PINJAMAN BERKELOMPOK PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK TRONOH

PROGRAM PINJAMAN BERKELOMPOK
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK TRONOH

Pendahuluan

       Kedudukan pusat sumber di bangunan lama dan terpisah dengan bangunan baru sedikit sebanyak memberikan masalah kepada guru-guru untuk membawa pelajar melaksankan program NILAM. Selain dari keduduannya yang jauh, perjalanan yang mengambil masa selama  5 hingga 10 minit amat menyukarkan guru melaksanakan program NILAM ini. Kesan dari permasalahan ini menyebabkan pinjaman dan penglibatan pelajar dalam melaksanakan program NILAM amat terhad. Jesteru itu, Ahli Jawatan Kuasa PSS  telah mengambil keputusan untuk menggunakan sistem  khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memudahkan guru meminjam buku secara berkelompok utuk digunakan di dalam bilik darjah.
Rasional :
         Pengggunaan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dilihat sebagai satu cara yang berkesan dan  mampu untuk menyelesaikan masalah perhubungan yang jauh dan memudah guru melaksanakan program NILAM di dalam kelas melalui pinjaman secara berkelompok. Penggunaan gadjet atau kemudahan ini membolehkan guru menerima buku yang hendak dipinjam dengan kadar segera tanpa perlu bersusah payah  pergi ke pusat sumber sekolah. Malah ianya akan menjamin pelaksanaan sistem NILAM secara aktif dan menyeluruh melibat semua guru dan pelajar dengan cara yang amat mudah .  
  
Objektif:
·         Menggalakkan pinjaman buku untuk program NILAM
·         Membantu guru-guru melaksanakan program NILAM di dalam bilik darjah
·         Meningkatkan penglibatan guru dan murid dalam program NILAM.
·         Mengatasi  masalah guru pergi  ke pusat sumber di tingkat empat
·         Meningkatkan  penglibatan murid menggunakan Pusat Sumber Sekolah.
·         Menggalakan pelajar  meningkatkan  ilmu  pengetahuan melalui pembacaan yang berterusan.
·         Menjadikan membaca sebagai amalan hidup.
Tatacara pelaksanaan program penggunaan SMS untuk pinjaman berkelompok

SMS kan maklumat berikut:

1.      Nama guru
2.      Tingkatan
3.      Tarikh diperlukan
4.      Hari
5.      Masa waktu mengajar
6.      Bilangan pelajar
7.      Mata pelajaran
SMS hendaklah dihantar selewat-lewatnya sehari sebelum program NILAM dilaksanakan. 
Buku akan dihantar ke kelas tuan/puan 10  minit sebelum Waktu pengajaran.
            Sila Hubungi :
1.        Pn Zuraini Binti Umar
                   013-4629868

2.        En Ramlan b Harun
 013-5973989

3          Pn Nur Azma bt Mohktar
          019-5724041

 4.        Pn Asiah bt Ahmad
                    016-2367810

5.         Cik Ruby
                         017-5114456



Tatacara Pinjaman

1.     SMS maklumat yang dikehendaki kepada nombor yang diberikan sehari sebelum pinjaman buku di buat.
2.     Guru/pembantu pusat sumber sekolah akan menerima SMS dan memasukan maklumat yang diberi ke dalam buku rekod pinjaman melalui SMS
3.     Menyediakan buku-buku pinjaman yang dikehendaki di dalam bakul yang mengandungi 40 buah judul buku.
4.     Pengawas Pusat Sumber Sekolah akan menghantar buku – buku yang dikehendaki ke kelas yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masa yang ditetapkan.
5.      Selepas pengajaran ketua atau penolong   tingkatan akan memulangkan semula bakul  buku yang dipinjman.


No comments:

Post a Comment