Saturday 14 February 2015

ORGANISASI PERPUSTAKAAN

1.    Pastikan semua remote control yang telah digunakan diletakkan di tempat asal.
2.    Pengguna dikehendaki mencatat butir-butir yang diperlukan di dalam buku rekod penggunaan sebaik sahaja selesai menggunakannya.
3.    Guru-guru hendaklah sentiasa berada bersama murid semasa bilik tayang.
4.    Pastikan semua suis ditutup sebelum meninggalkan Bilik Tayang.
5.    Pengguna yang hendak menggunakan LCD, TV, DVD player, dan ASTRO hendaklah tahu menggunakannya. Pengguna yang tidak tahu hendaklah meminta tunjuk ajar daripada Guru-guru Pusat Sumber.
6.    Siaran on-air ASTRO yang boleh digunakan boleh disemak pada poster ASTRO yang ditampalkan di luar bilik tayangan.
7.    Tidak dibenarkan mengusik Smart Card yang terdapat pada player ASTRO.
8.    Pengguna juga tidak dibenarkan mengubah sebarang konfigurasi TV melainkan di dalam pengetahuan Guru PSS.
9.    Penggunaan Bilik Tayang di luar jadual yang telah ditetapkan hendaklah dibuat tempahan terlebih dahulu.
10.  Bilik Tayang hanya boleh digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan alatan di dalamnya seperti LCD, TV, Radio, OHP, DVD player dan ASTRO atau untuk Mesyuarat Pengurusan Sekolah sahaja. Perjumpaan kelab atau aktiviti lain dan sebarang mesyuarat tidak dibenarkan menggunakan Bilik Tayang kecuali mendapat keizinan Pengetua.
11.  Pengguna Bilik Tayang bertanggungjawab atas kebersihan dan keselamatan bahan-bahan di dalamnya termasuk kerusi dan langsir.
12.  Kasut hendaklah disusun di tempat yang telah disediakan. Murid-murid tidak dibenarkan membawa masuk beg, bekalan makanan dan minuman ke dalam Bilik Tayang.
13.  Guru hendaklah memastikan disiplin terkawal semasa menggunakan Bilik Tayang.
14.  Kerusi hendaklah disusun semula sebelum meninggalkan Bilik Tayang.
        Peraturan Pinjaman Hardware / Sofware
1)        CDRI, VCD dan kaset boleh dipinjam oleh warga sekolah. Tempoh pinjaman ialah selama 3 hari. Kelewatan pemulangan akan dikenakan denda 20 sen sehari.
2)        Bahan-bahan hardware seperti TV, pemain DVD  dan OHP hanya boleh kegunaan di dalam bilik tayangan sahaja sahaja.

3)        Segala butiran pinjaman hendaklah diisi di dalam buku rekod pinjaman yang disediakan.

No comments:

Post a Comment