Saturday 14 February 2015

BILIK TAYANG/TV PENDIDIKAN

         Peraturan Penggunaan
1)    Radio dan alat siaran diletakkan di bilik Konti Radio Sekolah (RS).
2)    Sebarang kerosakan radio atau kaset hendaklah dilaporkan kepada Guru Unit RS atau GPM.
3)    Untuk Siaran Radio Sekolah, borang pengumuman hendaklah diisikan dan diserahkan selewat-lewatnya sebelum tempoh siaran. Siaran RS beroperasi dari pukul 7.20 pagi hindda 8.20 pagi setiap Isnin dan Jumaat.  Pada hari Selasa sehingga Khamis pula mulai 7.10 pagi hingga 7.40 pagi. Siaran juga akan dibuat pada hari keraian sekolah atau waktu kecemasan / maklumat penting.
4)    Kerjasama semua pihak dalam menjayakan program Radio Sekolah ini sangat dihargai. Semoga program ini akan terus berjalan dengan lancar dan teratur.
    
        Peraturan Pinjaman Radio,

1)    Radio juga di pusatkan di perpustakaan (bilik kerja GPM) selain yang ada di bilik Konti Radio Sekolah (RS.)
2)    Peminjam hendaklah mengisikan maklumat pinjaman ke dalam buku rekod pinjaman bahan yang disediakan.
3)    Peminjaman dan pemulangan hendaklah dilakukan oleh guru sendiri.
4)    Radio yang telah digunakan hendaklah dipulangkan dengan segera bagi membolehkan pinjaman berikutnya. Guru perlu menandatangani buku rekod pinjaman sebagai bukti pemulangan telah disempurnakan.

        BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

         Peraturan Pinjaman Bahan Bukan Buku (BBM)
1)        Proses pinjaman bahan boleh dibuat pada bila-bila masa.
2)        BBM kebanyakkannya disimpan oleh panitia. PSS hanya menyimpan rekodnya sahaja. Guru boleh berurusan dengan ketua panitia yang berkenaan untuk meminjam.
3)        Peminjaman / pemulangan bahan hendaklah dilakukan oleh guru sendiri.
4)        Butiran pinjaman hendaklah diisi di dalam buku rekod pinjaman bahan.
5)        Bahan yang telah digunakan hendaklah dipulangkan dengan segera dan diletakkan di tempat asalnya.

6)        Maksima tempoh pinjaman ialah selama 3 hari. Jika hendak melanjutkan tempoh pinjaman, butiran pinjaman yang baru hendaklah dilengkapkan di dalam rekod penggunaan alatan.

No comments:

Post a Comment