Saturday, 14 February 2015

ORGANISASI PERPUSTAKAAN

1.    Pastikan semua remote control yang telah digunakan diletakkan di tempat asal.
2.    Pengguna dikehendaki mencatat butir-butir yang diperlukan di dalam buku rekod penggunaan sebaik sahaja selesai menggunakannya.
3.    Guru-guru hendaklah sentiasa berada bersama murid semasa bilik tayang.
4.    Pastikan semua suis ditutup sebelum meninggalkan Bilik Tayang.
5.    Pengguna yang hendak menggunakan LCD, TV, DVD player, dan ASTRO hendaklah tahu menggunakannya. Pengguna yang tidak tahu hendaklah meminta tunjuk ajar daripada Guru-guru Pusat Sumber.
6.    Siaran on-air ASTRO yang boleh digunakan boleh disemak pada poster ASTRO yang ditampalkan di luar bilik tayangan.
7.    Tidak dibenarkan mengusik Smart Card yang terdapat pada player ASTRO.
8.    Pengguna juga tidak dibenarkan mengubah sebarang konfigurasi TV melainkan di dalam pengetahuan Guru PSS.
9.    Penggunaan Bilik Tayang di luar jadual yang telah ditetapkan hendaklah dibuat tempahan terlebih dahulu.
10.  Bilik Tayang hanya boleh digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan alatan di dalamnya seperti LCD, TV, Radio, OHP, DVD player dan ASTRO atau untuk Mesyuarat Pengurusan Sekolah sahaja. Perjumpaan kelab atau aktiviti lain dan sebarang mesyuarat tidak dibenarkan menggunakan Bilik Tayang kecuali mendapat keizinan Pengetua.
11.  Pengguna Bilik Tayang bertanggungjawab atas kebersihan dan keselamatan bahan-bahan di dalamnya termasuk kerusi dan langsir.
12.  Kasut hendaklah disusun di tempat yang telah disediakan. Murid-murid tidak dibenarkan membawa masuk beg, bekalan makanan dan minuman ke dalam Bilik Tayang.
13.  Guru hendaklah memastikan disiplin terkawal semasa menggunakan Bilik Tayang.
14.  Kerusi hendaklah disusun semula sebelum meninggalkan Bilik Tayang.
        Peraturan Pinjaman Hardware / Sofware
1)        CDRI, VCD dan kaset boleh dipinjam oleh warga sekolah. Tempoh pinjaman ialah selama 3 hari. Kelewatan pemulangan akan dikenakan denda 20 sen sehari.
2)        Bahan-bahan hardware seperti TV, pemain DVD  dan OHP hanya boleh kegunaan di dalam bilik tayangan sahaja sahaja.

3)        Segala butiran pinjaman hendaklah diisi di dalam buku rekod pinjaman yang disediakan.

PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN BUKU

 PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN BUKU

Pinjaman dan Pulangan Buku
1. Semua urusan sirkulasi menggunakan kad ahli berkod bar yang dijana oleh
    sistem automasi.

2. Jumlah pinjaman dalam satu masa:

Ahli
Jumlah pinjaman
a.
Setiap murid 
2 buku sahaja
b.
Ahli Rakan Buku
1 buku bsahaja
c.
Gold Card Member (murid yang telah mencapai pengiktirafan dalam program NILAM) 
4 buku sahaja
d.
Pengawas PSS
3 buku sahaja
e.
Guru/Staff Bukan Guru
3 buku sahaja

3. Tidak dibenarkan meminjam buku menggunakan kad perpustakaan murid lain.

4. Waktu Pinjaman dan Pulangan Buku ialah sepanjang waktu persekolahan.

SEBELUM MENINGGALKAN PERPUSTAKAAN

Sebelum Meninggalkan Perpustakaan
1.    Menyusun semula kerusi yang telah digunakan.
2.    Meletakkan buku yang telah digunakan di kaunter edaran atau di raknya,
3.    Meletakkan semula majalah di tempatnya.


SEMASA BERADA DI DALAM PERPUSTAKAAN

Semasa Berada di Dalam Perpustakaan
1.    Murid tidak dibenarkan membawa masuk beg sekolah dan sebarang pen, ball-point pen, gunting, pisau dan alat-alat bahaya yang lain.                                                                                                                      2.    Tidak boleh membuat bising.       
3.    Berkelakuan sopan.
4.    Menjaga dengan baik bahan bacaan dan perabut perpustakaan.
5.    Tidak dibenarkan makan, minum dan tidur di perpustakaan.
6.    Guru tidak dibenarkan membawa masuk murid ke perpustakaan kecuali untuk tujuan kemahiran perpustakaan.

PERATURAN KEMASUKAN PELAJAR

        PERATURAN KEMASUKAN PELAJAR

        Waktu Persekolahan
1.    Pakaian seragam sekolah yang lengkap.
2.    Mengambil plat kemasukan dan diletakkan ke dalam kotak yang disediakan.
3.    Merekodkan kemasukan di dalam buku catatan di kaunter.

Waktu-waktu Lain

        Hanya baju -T sekolah sahaja dibenarkan.

PERATURAN AM


PERATURAN AM

1.      Para pengguna PSS adalah tertakluk kepada segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk PSS.
2.      Jawatankuasa Kerja PSS berhak menjalankan dasar-dasar PSS yang telah dibentuk semasa Mesyuarat Jawatankuasa Induk.
3.      Sebarang bentuk perlanggaran ke atas undang-undang yang telah ditetapkan akan dikenakan tindakan.
4.      Setiap komponen PSS akan menjalankan pengurusan berlandaskan peraturan-peraturan yang telah digubal untuk mereka.


PERATURAN PENGGUNAAN PSS

PERATURAN PENGGUNAAN PSS (MURID)

Disiplin
1.      Dilarang membuat bising di dalam perpustakaan.
2.      Beratur semasa proses meminjam atau memulangkan buku.
3.      Tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
4.      Tidak dibenarkan membuka/tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
5.      Murid dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
6.      Sila masukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
7.      Tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
8.      Murid tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
9.      Murid tidak dibenarkan membawa masuk beg ke dalam perpustakaan.

Bahan-bahan Perpustakaan

1.      Murid dikehendaki menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
2.      Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
3.      Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.

Pakaian
1.      Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
2.      Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke dalam Perpustakaan.



PERATURAN PENGGUNAAN PSS (GURU)

1.      Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan Bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan atau Bilk Komputer)
2.      Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin murid di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
3.      Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
4.      Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.
5.      Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik ditinggalkan dalam keadaan kemas dan teratur selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.
6.      Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan murid-murid di bilik-bilik khas PSS tanpa pengawasan guru.