Peraturan
Penggunaan
1) Radio dan alat siaran diletakkan di
bilik Konti Radio Sekolah (RS).
2) Sebarang kerosakan radio atau
kaset hendaklah dilaporkan kepada Guru Unit RS atau GPM.
3) Untuk Siaran Radio Sekolah,
borang pengumuman hendaklah diisikan dan diserahkan selewat-lewatnya sebelum
tempoh siaran. Siaran RS beroperasi dari pukul 7.20 pagi hindda 8.20 pagi
setiap Isnin dan Jumaat. Pada hari Selasa sehingga Khamis pula mulai 7.10
pagi hingga 7.40 pagi. Siaran juga akan dibuat pada hari keraian sekolah atau
waktu kecemasan / maklumat penting.
4) Kerjasama semua pihak dalam
menjayakan program Radio Sekolah ini sangat dihargai. Semoga program ini akan
terus berjalan dengan lancar dan teratur.
Peraturan Pinjaman Radio,
1) Radio juga di pusatkan di
perpustakaan (bilik kerja GPM) selain yang ada di bilik Konti Radio Sekolah
(RS.)
2) Peminjam hendaklah mengisikan
maklumat pinjaman ke dalam buku rekod pinjaman bahan yang disediakan.
3) Peminjaman dan pemulangan
hendaklah dilakukan oleh guru sendiri.
4) Radio yang telah digunakan hendaklah
dipulangkan dengan segera bagi membolehkan pinjaman berikutnya. Guru perlu
menandatangani buku rekod pinjaman sebagai bukti pemulangan telah
disempurnakan.
BAHAN
BANTU MENGAJAR (BBM)
Peraturan
Pinjaman Bahan Bukan Buku (BBM)
1) Proses pinjaman bahan boleh
dibuat pada bila-bila masa.
2) BBM kebanyakkannya disimpan oleh
panitia. PSS hanya menyimpan rekodnya sahaja. Guru boleh berurusan dengan ketua
panitia yang berkenaan untuk meminjam.
3) Peminjaman / pemulangan bahan
hendaklah dilakukan oleh guru sendiri.
4) Butiran pinjaman hendaklah diisi
di dalam buku rekod pinjaman bahan.
5) Bahan yang telah digunakan
hendaklah dipulangkan dengan segera dan diletakkan di tempat asalnya.
6) Maksima tempoh pinjaman ialah
selama 3 hari. Jika hendak melanjutkan tempoh pinjaman, butiran pinjaman yang
baru hendaklah dilengkapkan di dalam rekod penggunaan alatan.
No comments:
Post a Comment