PROGRAM
PINJAMAN BERKELOMPOK
PUSAT SUMBER
SEKOLAH
SMK TRONOH
Pendahuluan
Kedudukan pusat sumber di bangunan lama dan terpisah dengan bangunan baru
sedikit sebanyak memberikan masalah kepada guru-guru untuk membawa pelajar
melaksankan program NILAM. Selain dari keduduannya yang jauh, perjalanan yang
mengambil masa selama 5 hingga 10 minit amat menyukarkan guru
melaksanakan program NILAM ini. Kesan dari permasalahan ini menyebabkan
pinjaman dan penglibatan pelajar dalam melaksanakan program NILAM amat terhad.
Jesteru itu, Ahli Jawatan Kuasa PSS telah mengambil keputusan untuk
menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memudahkan guru
meminjam buku secara berkelompok utuk digunakan di dalam bilik darjah.
Rasional :
Pengggunaan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dilihat sebagai satu
cara yang berkesan dan mampu untuk menyelesaikan masalah perhubungan yang
jauh dan memudah guru melaksanakan program NILAM di dalam kelas melalui
pinjaman secara berkelompok. Penggunaan gadjet atau kemudahan ini membolehkan
guru menerima buku yang hendak dipinjam dengan kadar segera tanpa perlu
bersusah payah pergi ke pusat sumber sekolah. Malah ianya akan menjamin
pelaksanaan sistem NILAM secara aktif dan menyeluruh melibat semua guru dan
pelajar dengan cara yang amat mudah .
Objektif:
·
Menggalakkan pinjaman buku untuk program NILAM
·
Membantu guru-guru melaksanakan program NILAM di
dalam bilik darjah
·
Meningkatkan penglibatan guru dan murid dalam
program NILAM.
·
Mengatasi masalah guru pergi ke pusat
sumber di tingkat empat
·
Meningkatkan penglibatan murid
menggunakan Pusat Sumber Sekolah.
·
Menggalakan pelajar
meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang berterusan.
·
Menjadikan membaca sebagai amalan
hidup.
Tatacara pelaksanaan program
penggunaan SMS untuk pinjaman berkelompok
SMS kan maklumat berikut:
1.
Nama guru
2.
Tingkatan
3.
Tarikh diperlukan
4.
Hari
5.
Masa waktu mengajar
6.
Bilangan pelajar
7.
Mata pelajaran
SMS hendaklah dihantar
selewat-lewatnya sehari sebelum program NILAM dilaksanakan.
Buku akan dihantar ke kelas
tuan/puan 10 minit sebelum Waktu pengajaran.
Sila Hubungi :
1. Pn
Zuraini Binti Umar
013-4629868
2.
En Ramlan b Harun
013-5973989
3 Pn
Nur Azma bt Mohktar
019-5724041
4. Pn Asiah bt Ahmad
016-2367810
5. Cik Ruby
017-5114456
Tatacara Pinjaman
1. SMS maklumat yang dikehendaki
kepada nombor yang diberikan sehari sebelum pinjaman buku di buat.
2. Guru/pembantu pusat sumber
sekolah akan menerima SMS dan memasukan maklumat yang diberi ke dalam buku
rekod pinjaman melalui SMS
3. Menyediakan buku-buku pinjaman
yang dikehendaki di dalam bakul yang mengandungi 40 buah judul buku.
4. Pengawas Pusat Sumber Sekolah
akan menghantar buku – buku yang dikehendaki ke kelas yang telah ditetapkan
sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masa yang ditetapkan.
5. Selepas pengajaran ketua atau
penolong tingkatan akan memulangkan semula bakul buku yang
dipinjman.